Friday, October 1, 2010

Aku, DSLR dan Photoshop

©2010 Amirulshakir | Hasil nukilan aku, Dslr dan Photoshop (Apa-anak aku yang no; 2)

©2010 Amirulshakir | Hasil nukilan aku, Dslr dan Photoshop (Ahmad-anak aku yang no; 3)


Amat lah bertuah badan sekiranya dapat memiliki DSLR, bertambah seronok jika Dslr yang kita perolehi dari jenama yang terkenal. Seperti Nikon, Canon atau lain-lain Dslr lain yang mendapat nama di mata ramai photography. Tetapi bagi aku cukplah sekadar hanya DSLR, kerana ramai telah aku bertanyakan 'Apa yang paling penting DSLR kah atau kemahiran, idea dan krativiti seseorang dibelakang DSLR itu sentiri?'. Dan kebanyakkan nya menjawap tentulah seseorang yang dibelakang Dslr itu. Dari jawapan ini cukup lega lah bagi aku untuk hanya memiliki Dslr yang termampu aku miliki.

Aku memilih untuk memiliki Dslr jenama Sony model Alpa A-200. Dengan adanya Dslr ini aku belajar mengenali dunia photographi. Aku mula berjinak-jinak dengan membaca majalah photography, melayari blog atau laman web photography. Semangkin aku menyelam dalam dunia ini semangkin aku tertarik hasil seni yang dapat di lakarkan melalui Dslr. Selain dari membaca aku juga mencari kawan yang sama minat dengan Dslr ini. Aku mula berjinak-jinak dengan outing berramai-ramai. Memang lah bila dah ramai maka bermacam lah perangai, jadi pesan aku berhati-hati lah memilih kawan takut-takut menyesal di kemudian hari.

Dengan sedikit ilmu tentang perisian photoshop ianya memudah kan lagi bagi aku untuk berkarya, walaupun terkadang bagaikan aku shok sendiri dalam karya aku. Tetapi aku tak kesah kerana ini hasil kerja aku hasil kefahaman aku dan hasil idea aku dalam dunia Dslr dan photoshop. Jadi bagi aku terus lah berkarya ikut suka aku. Tetapi ingat ianay hendak lah juga menepati teknik-teknik yang telah menjadi kebiasaan, sebagai contoh R.O.T, light dan lain-lain.

Jadi nasihat aku kepada kawan-kawan atau sesiapa yang ingin berkarya melalui photography ini jangan lah terlalu mengikut kata orang.....belajarlah teknik asas dan fahamilah seni ini.

Semoga aku dan kengkawan berjaya.
Amirul

No comments:

Post a Comment